Woi !!! apa yang kau tenung sangat sekolah cina tu???? Sergah Hussin . Tak ada apalah cuma sekolah cina ni mengingatkan aku kisah silam aku … ada cerita pahit dan manis dek kerana sekolah cina ni…jelas Farid. Dah la tu kita lambat dah ni game kita start pukul 9 malam nie kan? Reket aku nie dah meronta-ronta tak sabar nak beraksi jelas Hussin.Yelah-yelah kita gerak sekarang sahut Farid.
Semakin jauh ditinggalkan sekolah itu semakin segar pulak kenangan mengusik jiwa. Awak , saya rasa kita tidak boleh teruskan hubungan ini.Saya sendiri tidak pasti dengan hubungan kita selama ini . Awak terlalu mendesak saya untuk menerima awak ; setiap hari ada saja yang awak buat untuk menarik perhatian saya , akhirnya saya terpaksa akur untuk menerima awak . Hakikatnya saya sendiri keliru dengan perasaan sendiri dan lebih baik sekiranya kita tumpukan kepada peperiksaan STPM yang bakal kita duduki kata Lisa pada Farid.
Farid berlalu tanpa sepatah kata ; hancur luluh hatinya , kegembiraan yang dikecapinya hanya bertahan seminggu . Namun sudah menjadi sifat semulajadi Farid untuk tidak mengalah dan yakin akan mampu menawan semula hati Lisa. Sebenarnya bukanlah kemaruk sangat Farid untuk bercinta , Cuma perasaan kali ini amat lain sekali berbanding cinta monyet sebelum ini . Lisa bukanlah gadis yang paling cantik di sekolah ketika itu , Cuma seorang gadis biasa yang bertudung labuh berasal dari sekolah agama; sukar untuk didekati
Awak ….. saya akan menghormati segala keputusan yang awak hajati tetapi sebelum kita memutuskan hubungan ini saya nak awak baca surat saya ni terlebih dahulu ; selepas daripada ini saya redha dan berjanji untuk menunaikan permintaan awak…….
Surat kali ini bukan setakat luahan rasa tapi Farid mengembalikan semua surat –surat dan nota sepanjang seminggu mereka menjadi pasangan kekasih……
UnCle JoE: Bersambung.....
i like this story... hehehe.. jgn lupa mmg ada budak setan yg menyatukan pasangan bdk sekolah tu... heheheheh
ReplyDelete