Lama jugak Uncle bercuti menulis yek. Rindu rasanya nak menulis , tengok blog uncle sekarang ni sepi dari sebarang komen mungkin dah takde yg sudi menanti tulisan uncle kot....
Didalam kehidupan kita ini , kita sentiasa diberikan pilihan dalam menentukan perjalanan hidup. Kekadang pilihan menjadikan kita mudah untuk membuat keputusan. Adakalanya kerana pilihan pulak bertambah sukar untuk membuat keputusan.
Dek kerana kecewa dengan sesuatu adakalanya kita membuat keputusan secara membabi buta.Macam Uncle dulu , kerana kecewa dengan keputusan majikan , uncle sanggup berhenti kerja . Sudah Uncle sendiri yang merana .. Mujur Uncle bersabar dan redha dengan ketentuan Illahi akhir Uncle mampu bertahan sehingga sekarang.
Kita selalunya menyesali dengan pilihan kita, tapi pada Uncle kita seharusnya redha dengan setiap apa keputusan yang kita ambil , berfikiran positif dan yang paling penting sekali merancang dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Baru selepas itu kita akan menghargai setiap masa yang kita lalui.....
Kita jugak selalunya menyalahkan takdir setiap kali keputusan yang dibuat tidak menjadi seperti yang dirancang.Perkara sebegini terjadi kerana kita terlalu memikirkan pilihan yang kita ada.Sepatutnya kita memikirkan natijah setiap pilihan yang kita buat barulah kita akan membuat keputusan dengan lebih tepat.
Harus diingat Allah sentiasa menyayangi hambanya.. Cuma hambanya yang selalunya melupakan dan berlaku kejam terhadap penciptanya....
Salam Sayang
Uncle Joe
No comments:
Post a Comment