Seperti yang telah diduga oleh Farid , Lisa akhirnya menerimanya semula . Mungkin kerana isi kandungannya tidak mencerminkan yang dia tidak menerima Farid … Berjaya juga tektik Farid kali ini.
Adat dalam perhubungan ada masanya berselisihan , namun hubungan Farid dan Lisa masih utuh. Terkilannya Farid terhadap Lisa diatas satu insiden menjelang sukan sekolah. Kau dari mana ni Burhan tanya Farid kepada kawan serumahnya Burhan. Aku baru balik dari kampung sebelah cari barang-barang untuk perarakan sempena sukan tahunan sekolah kita tu nanti. Aiseyman tak ajak aku pun balas Farid.
Ermm …… aku bukan tak nak ajak tapi aku pergi dengan Lisa ; terkejut Farid mendengarnya dan yang lebih menghibakan ialah dengan selamba si Burhan bercakap “ Kau tau Farid , Lisa naik motor dengan aku …. Alamak dia punya “horn” tajam siot…..
Dah menjadi pengangan Farid , tidak akan bergaduh disebabkan perempuan , kalau tidak mahunya berlumba gigi Burhan masuk ke dalam perut.
Peristiwa itu benar-benar mengecewakan Farid bukan kerana Lisa bersama Burhan tetapi keegoannya bagai dicalar-calar dan diracik-racik. Takkan dilupakan peristiwa itu.
Seminggu lebih jugaklah Farid merajuk dengan Lisa ; namun hubungannya dengan Lisa masih bertahan … lagi pun peperiksaan STPM sudah hampir sangat .Hubungan Farid dengan Burhan pun berjalan seperti biasa ….Bagi Farid , Burhan tidak bersalah dah menjadi sifat semula jadi lelaki untuk bersama dengan mana-mana wanita yang susah didekati , Cuma untuk kaum wanita kena lah ada prinsip ; jangan mudah sangat memurahkan diri sendiri ……..
BERSAMBUNG......
baeekk punye
ReplyDeleteSteadylah Farid...
ReplyDelete