Sunday, May 02, 2010

Doaku Sentiasa Untuk mu

Hati Uncle tidak begitu tenang dalam tempoh 2 minggu lepas. Bukan kerana masalah "G-force" tu sahaja ; macam-macam benda yang merunsingkan Uncle.

Masalah dipejabat tak usah nak cakaplah , bos asyik dok cari kesalahan team Uncle dan team Uncle pulak tak reti nak jaga "line" makanya asyik dok masuk bilik boss la Uncle nie, macam masuk bilik penyiasatan polis ; masuk tension keluar rasa macam nak berhenti kerja je.Lepas nie team Uncle boleh buat koleksi semua surat tunjuk sebab dan surat amaran yang team uncle terima.

Minggu lepas jugak Uncle menerima satu surat kompaun bernilai ribuan ringgit daripada SSM kerana kesalahan dalam penubuhan syarikat. Ceritanya dulu nama Uncle pernahlah digunakan untuk menubuhkan syarikat , asalnya Uncle berada bersama dengan syarikat tersebut . Tapi akhirnya Unce keluar dari syarkat itu disebabkan tidak bersetuju dengan beberapa perkara.Maslahnya ialah nama Uncle masih digunakan dan Uncle dah mintak nama Uncle dikeluarkan sejak 3 tahun lalu. Bila Uncle tanya director yang sorang lagi tu , memanjang je cakap nak tukar ... serabut betul .. benda yang paling Uncle kesal dalam hidup ialah menjadi sebahagian daripada syarikat tersebut.Ntah la Uncle betul-betul runsing sekarang nie.

Seorang kawan baik Uncle telah dimasukkan ke wad kerana mengalami masalah kegagalan buah pinggang bukan setakat tu saja , dia juga mengalami masalah kencing manis , darah tinggi dan masalah jantung. Sebenarnya dah lama dia menghidapi penyakit tersebut . Pihak hospital telah lama menasihati sahabat Uncle untuk menjalani rawatan dialisis tapi dia berdegil untuk tidak menjalani rawatan tersebut sehinggakan doktor yang merawat beliau menjangkakan yang dia tidak akan berjumpa dengan doktor tersebut pada minggu berikutnya jika tidak menjalani rawatan dialisis.
Uncle faham mengapa dia tidak mahu menjalani rawatan tersebut tapi kawan Uncle tu pun patut faham ramai yang menyayangi beliau terutamanya isterinya.Kesian jugak Uncle dengan isteri dia yang selalu risau dengan kesihatan kawan Uncle tu.

Uncle berkawan dengan sahabat Uncle tu semenjak dari tingkatan 2 sehinggalah sekarang . Kami sentiasa bersama dah umpama belangkas (tapi jangan salah faham pulak) dari aktiviti sekolah sampailah aktiviti diluar sekolah Uncle dan dia akan sama menyertai.Dari minat berlumba basikal sehinggalah zaman perkerjaan kami tetap bersama . Dan apabila Uncle diberitahu tentang sakit beliau , Uncle pulak yang rasa sakitnya , pada hari yang dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini Uncle tidak lena tidur sehinggakan Uncle bangun dan buat solat memohon agar dia cepat sembuh.

Mungkin tulisan Uncle pada minggu ini membosankan , tapi iniah perasaan Uncle seminggu dua ni . HARAPAN UNCLE PADA PEMBACA SEKALIAN SAYANGILAH SAHABAT HANDAI DAN KELUARGA KITA , HARGAILAH MASA YANG ADA KERANA MASA BERGERAK TANPA MENUNGGU KITA. Tanya pada diri kita sejenak BILAKAH KALI TERAKHIR KITA MENGHUBUNGI KAWAN @ IBUBAPA KITA.

Salam ,
Uncle Joe

P/S: Doakan kawan Uncle tu cepat sembuh..........

No comments:

Post a Comment