
Letihnya Uncle hari nie (ahad) pagi-pagi lagi dah settlekan kerja rumah , lepas tu tengaharinya Uncle bawa anak-anak pergi tengok wayang . Best jugak cerita Adnan Sempit, anak-anak boleh ketawa tu dah kira kelakarlakan.... Sebenarnya yang nak tengok cerita tu pun Uncle; mula-mula nak pergi dengan member office tapi terbantut pulak bila dikenangkan bakal menjadi bahan .....
Minggu ni Uncle nak cerita pasal Valentine's day ; seingat Uncle orang Malaysia nie rajin betul nak sambut hari berkasih sayang ni termasuklah uncle. Uncle pun join gak masa zaman muda-muda dululah. Sebenarnya Uncle pun tak tahu asal-usul Valentine's day ni. Yang uncle tahu pada 14 Feb , tu la masanya untuk kita jumpa dengan awek kita selalunya bagi hadiah atau ajak keluar pergi makan. Untuk awek yang selalu kita "usyia" masa ni la nak tengok perfomance kita samada dia sudi atau tidak bila diajak keluar.Kalau dia reject bolehla kita susun plan berikutnya.Selalunya malam valentine ni ramai yang "terkorban" dek sebab nak buktikan cinta..... Setakat ini uncle cuma terkorban duit je... Keterunaan uncle masih terpelihara beb hehehehehe.......
Zaman sekolah dulu , kerap juga uncle dapat bunga semasa hari kantin masa tu uncle tidak rasa apa pun sebab yang rajin bagi bunga tu kebanyakkannya kakak angkat ... tapi bila dapat bunga tu depan kawan-kawan kira glamer la gak.... terus terang Uncle katakan hadiah makanan atau duit lagi best.... Uncle ingat lagi ada satu kakak angkat (dia bahasakan diri dia kakak ) tu siap bagi duit masa birthday uncle ... sebenarnya dia ajak jugak makan kat kantin tapi uncle ni seganla dengan brother senior so kakak tadi tu boleh datang kelas siap cakap dengan cikgu yang dia nak jumpa dengan uncle , ingatkan apa hal rupanya nak bagi duit ..... Ada seorang kakak tu pulak dari sekolah lain (sekolah agama) ntah macam mana dia kenal uncle pun uncle tidak tahu yang pastinya rajin betul dia hantar surat panjang-panjang pulak tu , memang malas nak balas yelah kerja sekolah yang cikgu bagi tu pun kadang-kadang uncle tak buat inikan pulak nak balas surat.......
Berbalik pasal valentine's day ni, uncle rasa tidak salah kalau sekadar nak menjadikan hari tersebut sebagai hari untuk kita memperingati seseorang cuma janganlah kita jadikan 14/2 tu sebagai hari untuk kita megambil kesempatan dan paling sedih 14/2 tu menjadi tarikh yang mengerikan kita. Jadikan agama kita sebagai landasan kepada apa yang kita lakukan.
Andai uncle boleh adjust tarikh tersebut , lebih baiklah ditunda kepada hujung bulan atau awal bulan . Yela 14 hb kan ke tengah bulan poket pun tengah kering yang ada kredit kad kira ok lagi tapi bagi yang tidak ada kredit kad alamatnya makan nasi goreng cina dengan teh o ais jelah jawapan nya.
Buat semua rakan-rakan dan yang menyokong tulisan uncle , uncle sayang kalian. Buat kakak-kakak angkat uncle ( andai dia orang terbacalah) kalian juga amat uncle hargai sebagai kenangan yang indah di zaman sekolah Uncle doakan semoga kalian sihat dan gembira bersama keluarga.
Muah....
Uncle Joe
power la ayat uncle ni..poyo pun ad bagi bunge la duit la..hahaha..kt jmpe isnin depan xsaba nak tgk tulisan uncle..
ReplyDelete