Terlebih dahulu uncle ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian suffers / chatters memberikan sedikit ruang dan perhatian pada tulisan uncle. Sejujurnya uncle nie bukan lah seorang penulis 'Pro' sekadar lulusan sekolah kampung jer ; tapi terpanggil pula nak mencuba untuk jadi penulis (tak tau la layak dipanggil penulis).
Adalah menjadi harapan uncle agar menjadi "blogger" yang bertanggungjawab.Seboleh-bolehnya uncle tidak mahu mencetuskan kontrovesi lagipun uncle ni bergaul dengan pelbagai kaum , agama dan jantina sekadar sensasi yang boleh mencetuskan minat para suffers/ chatters terus mengikuti tulisan uncle.
Bagi rakan-rakan yang mengenali diri uncle , pasti tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba menggunakan nama uncle sedangkan selalunya uncle tidak pernah nak mengaku diri ni dah tua. Sebenarnya baru-baru ni uncle berjumpa semula seorang rakan / sahabat yang suatu ketika dahulu amat mengambil berat tentang diri uncle. Dialah yang selalunya memanggil dengan panggilan pakcik walaupun usia kita orang ni beza cuma setahun je. Lama gak uncle cari dia ( dekat 7 tahun) akhirnya uncle jumpa dia melalui facebook . Mujur ada teknologi yang memudah kan kita kalau tidak mahunya kena masuk jejak kasih baru jumpa dan selepas tu mau uncle kena dijejaki pulak dihospital sebab kena balasah / sepak ngan suami dia.
Sebagai orang baru dalam penulisan blog ni , uncle memang mengharapkan sokongan dari kalian bagi meneruskan penulisan uncle.
Selamat bertemu lagi..
(tunggu tulisan uncle setiap hari isnin)
pakcik, i know you're a good writer.. i'll be your follower.. :)
ReplyDeletesaya ter sgt la minat dgn penulisan uncle di blog ini..ee..tak sabarnye nak tggu isnin depan utk melihat dan membaca penulisan uncle..salam..
ReplyDeleteHuhuhu...selamat menulis uncle.. rajin2 singgahla www.tunjulia.com.. hehehe.. kita saling singgah menyinggah...
ReplyDeletehuhuhu.. jgn lupa singgah ke blog saya.. www.tunjulia.com... kita saling singgah menyinggah.. huhuhu...
ReplyDelete