Berita hari ini menyatakan hampir dua puluh pasangan dicekup oleh pihak berkuasa pada malam 'Valentine'.Tu belum ditangkap yang ada batik kat leher, mahu nya 3 atau 4 lori jumlahnya. Sebenarnya bukanya malam valentine aje 'mereka' buat hal , malam-malam cuti umum biasanya memang selalu kita dengar ramai pasangan kena tangkap bercengkarama beb.
Lupakanlah pasal valentine, kepada kaum cina hari ini merupakan hari perayaan buat mereka iaitu tahun baru cina . Ini mengingatkan uncle pada zaman kanak-kanak dulu ; Tahun baru cina merupakan hari yang amat menyeronokkan. Manakan tidak masa inilah boleh kumpul duit. Sedia maklum uncle nie dulu bersekolah di sekolah cina , jadi memang uncle ramai member-member dari kaum cina .Yang seronoknya apabila uncle berkunjung ke rumah diorang , diaorang dah tahu mana yang uncle boleh makan dan mengasingkan benda-benda yang uncle tidak boleh makan . Biasanya uncle dapat air kotak , kuih kapit, limau dan yang pentingnya ang pow. Kawan-kawan uncle ni memang bestla, diaorang tahu menghormati budaya orang lain . Pernah sekali tu kawan uncle ni marah kat seorang member yang lain sebab dia makan aiskrim depan uncle pada bulan ramadhan.
Sekarang dah susah nak cari kawan yang macam tu . Punya la Goment lancarkan 1 malaysia untuk pupuk perpaduan tapi ada sikit isu sensitif terus kita perbesarkan isu , siap bakar sana-sini ; siap gantung pelbagai benda. Dipejabat yang ada pelbagai kaum pun kita boleh lihat , kakitangan di bela mengikut kaum ... yang melayu nya pulak akan melihat kepada kenegerian ... Kepada boss-boss yang adil syabas diucapkan anda menjadi contoh yang baik.
Kepada semua sahabat yang menyambut tahun baru cina , gong xi fa cai... harap-harap kita sama-sama fa cai.Kepada yang dapat duit ang pow tu janganlah gunakan plak duit tu untuk melabur di DAMACAI.....
Buat kawan-kawan di sekolah SRJK(C) Lum Hua , Kawan-kawan di Chung Khiaw Bank (sekarang ni di kenali sebagai UOB Bank) , Perwira Affin Bank dan di mana saja anda berada Uncle bangga ada kawan yang macam korang....
Toa Che'
Uncle Joe.
Akhirnya raya cina pun dah lepas. xsabar nak tau cerita uncle isnin depan.
ReplyDelete