
Setan,binatang dan jahiliah.... itulah yang layak dipanggil kepada golongan yang membuang anak. Berita panas sepanjang minggu ini tentang pembuangan bayi . Bukan setakat dibuang , siap bakar dan bunuh pulak tu . Tak ke setan namanya tu.
Uncle pernah kehilangan anak (sulong dan perempuan lak tu) yang meninggal didalam kandungan ketika usia kandungan mencecah 7 bulan. Hanya tuhan yang tahu betapa hancur luluhnya hati Uncle ketika itu. Air mata berjurai sampai kering mengenangkan nasib yang menimpa diri. Sekarang Uncle dah punya 3 orang anak (semua laki-laki) namun masih ingat lagi kat Ain(nama yang sepatutnya diberikan kepada anak uncle yang sudah meninggal tu). Ada masanya Uncle teringat dan rindu kat dia uncle akan lalu kat kawasan kubur di mana dia di kebumikan......
Berbalik pasal buang bayi ni, bebudak sekarang nie masa nak berseronok tidak pernah fikir baik buruk ... takan lah tak tau kalau "projek" tu akan menghasilkan "hasil" cuba fikir sejenak sebelum nak "ehem-ehem" kalau melekat macam mana , apa nak buat ... Uncle pasti yakin ramai bebudak takut nak berzina kalau fikir sebelum buat. Nie tidak ... depa akan mula berfikir bila hasil tersebut membesar lepas tu baru sibuk nak bincang . Si lelaki confirm-confirm tak nak mengaku tu hasil dia , kalu ngaku pun misti suruh buang punya yelah isi minyak motor pun setakat 3 ringgit macamana nak sara anak bini plak.Yang berduit pulak takut akan commitment, belum puas enjoy , konon-konon nak cari calon isteri yang baik... tapi perangai macam binatang ada hati nak cari puteri kayangan. Si perempuan plak ... dalam-dalam menyesal masih buleh fikir dan cari jalan nak menyelesaikan masalah cuma yang tak logiknya mintak tolong selesaikan masalah pada orang yang bagi masalah maka timbulah masalah baru dan bergandalah dosa... kira siap package "buat orang dan bunuh orang"
Sedarlah... wahai kawan-kawan dan adik-adik..Bukanlah Uncle nak tunjuk pandai , Uncle pun bukanlah baik atau sempurna tapi janganlah sampai kepala hotak kita tidak berfunsi dek kerana nak tutup kesalahan.
Masih ramai di luar sana yang inginkan anak , kalau pun kita tidak terima kehadiran anak tersebut , serahkanlah pada orang yang mampu menjaganya. Manalah tahu satu hari nanti dia sudi mendoakan kita , dah la kita ni penuh dengan dosa-dosa manalah tahu berkat doa anak tersebut akan berat pulak pahala kita .
Kepada rakan-rakan sekalian marilah kita membaca surah al-fathihah dan memanjangkan doa supaya wanita-wanita yang inginkan anak dimakbulkan impian mereka , lagi cun kalau kia dapat berpuasa ... Uncle faham perasaan mereka.Mereka pasti akan menjadi ibu yang baik .... dan kita patut berdoa semoga kejadian buang bayi ini tidak berlaku lagi sebab kejadian buang bayi tanda-tanda akhir zaman. Kepada yang terjebak cepat-cepatlah pulang kepangkal jalan , pintu taubat masih terbuka......
Ingatlah:
Masalah Tidak Dapat Diselesaikan dengan Mencipta Masalah Baru
Wasalam.... Uncle Joe
saya sokong kata2 uncle kali ni..sedap nak p bl da ad hasil buang sana sini..insaf2..
ReplyDelete