Hari Jumaat lepas adalah cuti umum sempena kelahiran Nabi jujungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Macam biasa Uncle bercuti di rumah je tak pergi ke mana-mana . Yang tidak seronok nya kita dikejutkan dengan berita tentang seorang kanak-kanak berusia 3 tahun menemui ajalnya dimana dipercayai dibunuh oleh kekasih ibunya . Masyaallah kejadian berlaku pada umat Islam sedang menyambut Maulidur Rasul .Pelbagai persoalan bermain di fikiran Uncle.Teruk sangatkah masalah yang dihadapi oleh si pelaku dan ibunya sehingga sanggup menjadi pembunuh…… Uncle dah komen pasal isu buang bayi ni pada tulisan yang lepas , jadi Uncle tak mau komen lagi Cuma berharap akan kesedaran setiap manusia yang bergelar insan .
Minggu lepas suasana di tempat Uncle bekerja diselubungi dengan perasaan muram kerana menjadi kebiasaanya pada bulan Febuari setiap tahun pihak syarikat memberi bonus kepada kakitangannya . Dikhabarkan jumlah penerima pada tahun ini tidak ramai disebabkan keadaan ekonomi yang tidak baik disamping keuntungan yang diperolehi syarikat pada tahun lepas berkeadaan defisit (senang cakap tak untung la).
Uncle pernah berkerja dengan sektor perbankkan dimana bonus merupakan satu pembayaran yang wajib untuk kakitangan setiap tahun (2 bulan plak tu) . Sememang nya Uncle boleh merancang setiap perbelanjaan dihujung tahun ; belanja raya, bayar cukai jalan,bagi mak abah dan belanja awek dengan duit bonus tu. Nak simpan duit tiap-tiap bulan gaji cukup-cukup je kalau ada “overtime” baru boleh beli seluar baju baru.Tu dulu masa kerja bank.
Uncle pernah rasa bekerja dengan syarikat yang gaji nya kadang-kadang dibayar lewat bukan sehari dua tetapi pernah lewat sampai setengah bulan . Pernah terjadi dibayar selepas hari raya.. perhh memang serabut masa tu .Nasib la ada bantuan credit card boleh la anak-anak Uncle “beraya” Cuma kesian kat anak-anak Uncle duit raya tahun tu terpaksa disedekahkan dekat Uncle sementara menunggu gaji………
Kecewa dengan makan gaji Uncle cuba-cuba nak buat business rupa-rupanya kali ini lagi parah . Mana nak bayar sewa pejabat ,bil air / letrik dan gaji pekerja tu tidak termasuk perbelajaan Uncle sendiri ..nasib baik boleh bayar gaji pekerja . 6 bulan selepas tu Uncle tutup opis sebelum pemilik opis tu “sealed” pejabat tempat Uncle kerja.
Apa yang Uncle nak kongsikan ialah kekadang kita patut bersyukur dengan rezeki yang Allah telah berikan .Masih banyak lagi cara untuk kita menambah pendapatan. Uncle masih buat kerja-kerja part-time. Ada kawan Uncle yang mempunyai business online jual kek dengar-dengarnya mendapat sambutan. Alhamdullilah , tak sangka Uncle dia minat berniaga ingatkan minat dengan debit credit je.
Marilah kita berusaha demi untuk meningkatkan taraf kehidupan betulah kata orang sesungguhnya duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit didalam kehidupan ini.
Adiyos
Uncle Joe
Uncle Joe: bilalah dpt merasa kek kawan Uncle tu yek
