Sunday, March 07, 2010

Raja Lawak vs Halimah Jongang vs Fatimah Juling

Tahniah untuk Kecik diatas kejayaan menjadi juara raja lawak musim ke 4. Sepanjang musim ke – 4 ni Uncle perhatikan peserta bukan setakat bersaing sesama peserta tetapi terpaksa bersaing pulak dengan 5 “peserta” tetap yang lain iaitu 2 orang pengacara dan 3 orang juri , masing masing punya lawak mengalahkan peserta. Peserta-peserta macam Caca dan Wili pasti la tenggelam dek kehebatan 5 peserta tadi…..

Sekarang ini genre lawak nampaknya mendapat perhatian dan menarik rating yang tinggi. Stesen tv nampaknya berlumba – lumba menyiarkan slot ceraka dan kemudiannya menjadi drama the series . Cuma yang tak seronoknya tajuk-tajuk menghina dipilih walaupun sekadar bahan gurauan dan untuk menarik penonton.

Bermula dengan Halimah Jongang dan terbaru Fatimah Juling semuanya memilih tajuk kekurangan fizikal. Kesian kat orang jongang dan juling . Diaorang lalu je kompom ada lagu untuk diorang. Yang peliknya pihak produksi berkata cerita ini hanyalah rekaan semata-mata bukan ditujukkan kepada sesiapa . Ceh! Bagi la alasan bangang macam tu kat budak darjah 2 diorang mungkin boleh terima. Kalau betul diorang ikhlas buat cerita ; buat la tajuk , Eddie hamid jongang ,Julia the juling dan Bujang Sepah cacat otak . Benda –benda ni kalau tak dihalang akan ada perbagai lagi tajuk seperti Ali Tempang , Siti Sumbing, Ah chong Pak Tam. Lepas tu cakap la tak kena mengena dengan sesiapa.

Kesiankan seorang pelajar (jongang) diejek kawan sekolah sampai tak nak pergi sekolah sebab malu; yang mengejek pulak cuma sekadar bergurau katanya.. Uncle ingat lagi Raja Lawak musim yang sudah apabila salah seorang pesertanya dok membahankan Zaibo sampailah satu tahap apabila Zaibo memberi komen “membahankan atau melawakkan kekurang fizikal ini kalau di buat sepanjang masa atau terlalu kerap ia bukan lagi bahan jenaka tetapi menguris perasaan seterusnya menjadi satu penghinaan.

Uncle selalu gak berada dalam situasi seperti itu , dan memang betul apa yang dikatakan oleh Zaibo tu ; bila lawak macam tu tak kena tempat kekadang nak saja bagi penampo kat org yang mengejek tu. Cubalah jangan menyakitkan hati orang , dan benda yang diejekkan itu ciptaan Allah .Takut-takut dapat dosa pulak disebabkan lawak kita tu apa-apa pun berpada-padalah bila ia melibatkan fizikal seseorang .

Kena sentiasa ingat : Balasan tuhan tu memang ada kalau tak kene kat kita takut-takut kena dekat anak cucu kita… Siapa yang malu ? Mereka dan keluarga mereka gak yang malu.


Asal dari kampong (tag line Kecik)
Uncle Joe
Teringat kat dialog P Ramli ; Hi mambang ko main kasar yek……

2 comments:

  1. salam..

    mmg btul ape yg diperkatakan oleh uncle itu..ksian pada org2 yg ad kekurangan itu..bila melawak 2 berpada pada la ye jgn smpi org tu putus urat ketawa sudah..

    ok la uncle jumpe isnin dpn dgn tulisan yg lebih menarik..

    ReplyDelete
  2. BTOL LA UNCLE JOE...SAYA TAK TAKDE PERASAAN PUN NAK TGK CITE TU SUMA, KITA NI ORG MALAYSIA KAYA DGN BUDI BAHASA,KESIAN KAT DEPA YG BUDAK2 LG TU KAT SEKOLAH KENA EJEK DGN KAWAN2

    ReplyDelete