Sunday, March 28, 2010

Adussss Dah Bulan April

Minggu lepas Uncle tidak berkesempatan untuk menulis di blog ; hari ahad balik dari kampung badan rasa sakit-sakit macam nak demam lepas sembahyang isyak terus masuk tidur.

Hari sabtu baru-baru ini , Uncle berkesempatan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa di PWTC bersama-sama anak-anak ; mak oi punya la ramai orang bersesak-sesak tu. Uncle sebenarnya dah rancang nak beli beberapa buah buku , akhirnya satu buku pun Uncle tidak beli disebabkan ramai sangat.orang yang membaca. Bukan setakat baca sipnosis kalau boleh diorang nak baca habis satu buku. Yang bertudung hanya nampak mata pun tanpa segan silu main redah je , uncle pulak yang naik segan …….

Bulan April akan datang beberapa hari saja lagi. Satu lagi budaya barat akan menyerang rakyat Malaysia iaitu hari april fool, hari dimana kita mengenakan seseorang dengan alasan untuk bergurau. Bergurau tu bukanlah salah yang salahnya apabila cara dan masa tu tidak kena pada tempatnya.Bayangkan kita diberitahu yang seseorang itu telah meninggal dunia , tidak ke sakit hati akhirnya itu cuma satu gurauan. Ingat kawan-kawan sekalian janganlah sewenang-wenangnya nak bergurau senda kerana bergurau pun ada etikanya. Janganlah kerana nak sambut April fool habis semuanya jadik gurauan.

Bulan april ni mengingatkan Uncle pada kawan uncle kerana pada 1 April merupakan ulang tahun kelahirannya dan tidak pernah uncle meng”aprilfool”kan dia.Uncle doakan semoga dia panjang umur ,murah rezeki dan dimakbulkan semua impian dan harapan.



Oh ya bulan april ni jugak ada seorang kawan uncle akan mendirikan rumah tangga. Selamat pengantin baru semoga berbahgia bersama keluarga baru. Uncle sangat senang berkawan dengan dia cuma selepas ini terpaksalah uncle faham yang dia tu dah jadik isteri orang…..heheehehehe



Walau apapun hari yang kita nak sambut janganlah berlebih-lebihan , ingatlah yang kita ni ada perasaan dan agama yang perlu dijaga. Jangan sampai kita kena “fool” dek kerana ikutan yang membuta tuli.

Salam

Uncle Joe

Sebelum dema tu kenekan teman baik teman cabut dulu-dari filem DoReMi

Monday, March 15, 2010

Alahai Pokcik....

Semalam (hari lepas) Uncle berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan di Sepang bukan main segak lagi pengantin mungkin kerana pakaian seragam polis yang dipakainya serta diiringi pancaragam pasukan PDRM.Cayala bro dan Selamat Pengantin Baru beb

Cuti-cuti sekolah ni memang ramai orang yang melangsungkan perkahwinan... Alhamdullilah sememangnya itu dituntut oleh agama. Bagi mereka yang tidak boleh mengawal nafsu cepat-cepatlah kahwin.Dek kerana tidak tertangung gelodak nafsu seorang lelaki tabligh sanggup memukau seorang lelaki bagi membolehkan dia mengahwini anak lelaki tersebut .Impiannya tercapai dia telah dinikahkan oleh si bapak perempuan .Cuma yang menjadi masalahnya perempuan yang dia nak ambil jadik isteri tu cuma berusia 11 tahun sedangkan dia dah setengah abad; nak jadik lebih ‘buasnya’ budak perempuan tu bukan la isterinya yang pertama tapi yang ke-empat.. Perrrhhh betul punya air naik kepala dia tu. Agak-agaknya kalau dia tak dapat budak perempuan tu mahunya habis lembu dan anjing betina dirogolnya yelah kalau buat hal dengan binatang tak payah nak pakai pukau dan boleh “kahwin” bukan setakat empat semalam seekor pun boleh……..

Rakyat Malaysia ni ramai betul yang “sakit” dari remaja sampailah yang tua ;tu belum kira ahli-ahli politik .Kekadang susah kita nak faham kenapa benda-benda macam ini berlaku. Kalau kita menggunakan akal fikiran yang waras pun kita boleh membezakan mana yang baik atau yang buruk.

Harapan Uncle suatu hari nanti kat Malaysia ini paling dasyat pun cerita kemalangan jalanraya aje tu pun tidak mati sekadar luka-luka jer….(jawabnya tinggal harapan je la)


SALAM,
Uncle Joe

Teringat Dialog P Ramli: “apa sakitnya dia nie tuan doktor ….Kurang vitamin C”

Sunday, March 07, 2010

Raja Lawak vs Halimah Jongang vs Fatimah Juling

Tahniah untuk Kecik diatas kejayaan menjadi juara raja lawak musim ke 4. Sepanjang musim ke – 4 ni Uncle perhatikan peserta bukan setakat bersaing sesama peserta tetapi terpaksa bersaing pulak dengan 5 “peserta” tetap yang lain iaitu 2 orang pengacara dan 3 orang juri , masing masing punya lawak mengalahkan peserta. Peserta-peserta macam Caca dan Wili pasti la tenggelam dek kehebatan 5 peserta tadi…..

Sekarang ini genre lawak nampaknya mendapat perhatian dan menarik rating yang tinggi. Stesen tv nampaknya berlumba – lumba menyiarkan slot ceraka dan kemudiannya menjadi drama the series . Cuma yang tak seronoknya tajuk-tajuk menghina dipilih walaupun sekadar bahan gurauan dan untuk menarik penonton.

Bermula dengan Halimah Jongang dan terbaru Fatimah Juling semuanya memilih tajuk kekurangan fizikal. Kesian kat orang jongang dan juling . Diaorang lalu je kompom ada lagu untuk diorang. Yang peliknya pihak produksi berkata cerita ini hanyalah rekaan semata-mata bukan ditujukkan kepada sesiapa . Ceh! Bagi la alasan bangang macam tu kat budak darjah 2 diorang mungkin boleh terima. Kalau betul diorang ikhlas buat cerita ; buat la tajuk , Eddie hamid jongang ,Julia the juling dan Bujang Sepah cacat otak . Benda –benda ni kalau tak dihalang akan ada perbagai lagi tajuk seperti Ali Tempang , Siti Sumbing, Ah chong Pak Tam. Lepas tu cakap la tak kena mengena dengan sesiapa.

Kesiankan seorang pelajar (jongang) diejek kawan sekolah sampai tak nak pergi sekolah sebab malu; yang mengejek pulak cuma sekadar bergurau katanya.. Uncle ingat lagi Raja Lawak musim yang sudah apabila salah seorang pesertanya dok membahankan Zaibo sampailah satu tahap apabila Zaibo memberi komen “membahankan atau melawakkan kekurang fizikal ini kalau di buat sepanjang masa atau terlalu kerap ia bukan lagi bahan jenaka tetapi menguris perasaan seterusnya menjadi satu penghinaan.

Uncle selalu gak berada dalam situasi seperti itu , dan memang betul apa yang dikatakan oleh Zaibo tu ; bila lawak macam tu tak kena tempat kekadang nak saja bagi penampo kat org yang mengejek tu. Cubalah jangan menyakitkan hati orang , dan benda yang diejekkan itu ciptaan Allah .Takut-takut dapat dosa pulak disebabkan lawak kita tu apa-apa pun berpada-padalah bila ia melibatkan fizikal seseorang .

Kena sentiasa ingat : Balasan tuhan tu memang ada kalau tak kene kat kita takut-takut kena dekat anak cucu kita… Siapa yang malu ? Mereka dan keluarga mereka gak yang malu.


Asal dari kampong (tag line Kecik)
Uncle Joe
Teringat kat dialog P Ramli ; Hi mambang ko main kasar yek……