Tuesday, April 20, 2010

KesabaranKu Dicabar ; Nantikan Natijahnya

Ni dah kira mencabar Uncle , bukannya Uncle tidak bertimbang rasa dah lama jugak Uncle bersabar .Pasal dialah blog Uncle tidak dapat disiarkan isnin lepas. Asalnya Uncle ingat benda ini sekejap sahaja rupa-rupanya dah lebih 5 bulan dia mnyusahkan hidup Uncle.


Apa dia ingat rumah Uncle ni hotel sesuka hati dia nak keluar masuk . Bukan setakat keluar masuk rumah siap keluar masuk bilik ; kekadang tu Uncle dalam bilik dengan anak bini selamba aje dia lalu , lepas tu buat muka terperanjat dengan tanpa rasa bersalah dia lari ingat nak sembunyikan diri la tu … porahlah macamana pun dia menyorok Uncle masih dapat mengesan dia. Padan muka dia dah tidak dapat masuk bilik Uncle : kunci baru beb dulu tu kuncinya rosak….


Macamana la ko boleh menyorok , badan ko makin membesar manakan tidak makan sesuka hati mak bapak dia …. Nak suruh beli jangan haraplah , tunggulah sampai kiamat…


Kali ini Uncle nekad , walau apapun yang terjadi Uncle tetap akan mengusir dia keluar dari rumah … Kalau ia degil jugak biar sampai berlakunya tumpahan darah ; biarlah Uncle digelar pembunuh ; Uncle sedia menghadapi apa saja risiko yang mendatang .Kekadang terlintas difikiran untuk memanggil pembunuh upahan sahaja bagi menyelesaikan segala kekusutan tapi kan ke membazir tu lebih baik dan puas hati Uncle menggunakan tangan sendiri…. Tunggulah ko dalam masa terdekat ni pasti berita kematian ko akan menjadi berita panas…..



Jangan selepas ini Uncle dikatakan kejam , Uncle pun ada perasaan jugak semenjak dia ada haru biru keluarga Uncle dibuatnya. Cukuplah masalah dipejabat yang Uncle tanggung . kekadang terasa macam dia ni dok berpakat dengan Bos Uncle untuk menyakitkan hati Uncle … Boss Uncle memangla Uncle tidak berani usik tapi dia , nyawa dia sekarang dihujung tanduk.


Uncle tahu keegoan dia ni ada kene mengena dengan cerita G-Force dan cerita Ratatouille dalam cerita tu kaum dia kononnya hero tapi dalam cerita Uncle ni ko tu musuh Uncle .. Peperangan telah pun diisytihar jagalah nasib ko wahai Sang Tikus……


Sunday, April 11, 2010

Aku Dihujung Minggu


Uncle berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan pada hari sabtu lepas; majlis nampaknya sangat meriah dengan permandangan yang amat romantik (berhadapan tasik), kawasan pun lapang anak-anak uncle punya seronok sampai kawan-kawan Uncle turut memerhatikan anak-anak Uncle yang tidak duduk diam. Terima kasih kengkawan dan buat pengantin semoga keromantisan perkahwinan tersebut kekal ke akhir hayat ; selamat pengantin baru beb......

Hari ahadnya pulak macam biasa Uncle menjaga anak-anak Uncle di samping kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan . Tengaharinya ibu dan ayah Uncle datang dari kampung (sebenarnya dari rumah adik kat kota Damansara)diaorang pun datang sekejap je lepas bawak diaorang makan nasi ayam diorang pun balik ke kampung.

Sekarang ni susah sikit nampaknya untuk Uncle menulis di blog sepanjang hari adalah lebih kurang 5-6 kali Uncle On/Off laptop tapi satu perkataan pun tak tertulis disebabkan pengaruh bermain game (poker) di facebook. Nasib la kawan-kawan Uncle ajar main kat facebook kalau diajaknya main dengan betul-betul mahu sempit duit Uncle dah tu bertambah la dosa yang terpaksa Unce pikul. Apa pulak hukumnya main kat facebook ye seingat Uncle ada sorang kenalan Uncle yang tidak ada facebook kerana pada dia facebook ni tajaan yahudi jadik menyertai facebook ni macam menyokong yahudi katanya. Bagi Uncle pulak facebook ni telah menemukan Uncle kepada sahabat handai yang terputus hubungan ; bukan ke itu menyambung silaturrahim jugak dituntut oleh Allah.

Sebelah malamnya Uncle berkesempatan makan Sup Meletup dekat Sri Gombak memang Meletup. Habis basah T-shirt yang Uncle pakai dek kerana berpeluh dah tu nasi nya pun banyak, sungguh kenyang .Ermmm macamanalah Uncle nak kecikkan badan ni...... nak buat macamana kan sup dan tomyam dah memang kegemaran Uncle ....hehehehehe

Sesampai dirumah Uncle, bukak TV tengok slot mentor .. audition untuk mencari protage Ziana Zain ; masa tu tengah turn "kakak" yang berusia 30an nak mencuba nasib, tapi pihak TV3 tidak boleh bagi dia masuk sebab faktor umur. Oleh kerana tidak boleh masuk dia pun amat sedih dan meminta pihak pengurusan menyerahkan ole-ole yang dibawaknya untuk Ziana Zain. Disebabkan kesian kat "kakak" tu pihak pengurusan membenarkan dia berjumpa dengan Ziana Zain . Setelah berjumpa Ziana Zain diberi pula peluang untuk bernyanyi dihadapan Ziana Zain . Masa ni la Uncle rasa menyesal tengok Mentor disebabkan nyanyian "kakak" tadi Uncle hampir-hampir termuntah nasib sempat tukar siaran lain kalau tak mahu keluar semula Sup Meletup ngan nasik putih bersama limau ais yang Uncle makan sebelum tu ... naya..naya...hehehheeehe


Salam
Ucle Joe.

Cubit-cubit: Mintak pihak stesen Tv adakan rating 1.5L (sekurang2nya 1jam setengah selepas makan)

Sunday, April 04, 2010

Kepulangan Yang Pasti

Gempar satu Malaysia akan berita kematian pelawak dan penyampai radio Allahyarham Din Beramboi akibat denggi berdarah . Takziah buat keluarga saudara Din Beramboi. Bagi yang rasa akan kehilangannya alhamdulillah itu tandanya Allah sayang pada kita diberinya kita peringatan akan tentang kematian dan sepatutnya kita rasa diri ini terlalu kecil ; bila-bila masa segala nikmat yang ada boleh diambil semula oleh Allah lagipun nkmat yang kita dapat pun memangnya datang dari Allah.Bagi golongan artis bukan Din Beramboi sorang je yang perlu diingat masih ramai lagi artis yang ketika ini uzur dan sedang sakit.Sepanjang Anugerah Bingtang Popular semalam dok sebut pasal Allahyarham Din je , artis seperti Allahyarhamah Yanie, M.Rajoli dan Tan Sri SM Salim tak pulak diorang sebut sedangkan mereka jugak berjasa dan menyumbang kepada industri hiburan ; janganlah hipokrit bro……

Hari sabtu lepas , Uncle berkesempatan menghadiri reunion kawan sekolah ( tingkatan 6) memang sesuatu yang menyeronokkan dan mengimbau kembali zaman persekolahan. Masing-masing dah berkeluarga dan berkerjaya. Ada kawan uncle sanggup datang dari kampung semata-mata untuk bertemu rakan-rakan lama . Kepada sahabat Uncle yang menjadi host @ tuan rumah , uncle amat berterima kasih semoga Allah membalas segala jasa baik nya. Nantikan perjumpaan kedua dengan kehadiran yang lebih ramai mesti gempakkan…….


Kehidupan ini terlalu singkat , sebab itulah pada tahun ini Uncle berazam untuk mencari seramai mungkin kawan-kawan lama tidak kiralah mereka tu kawan sekolah ataupun kawan semasa Uncle berkerja malahan kawan-kawan Uncle yang pernah menjadi “kekasih” pun turut Uncle cari. Kalau boleh Uncle nak kehidupan Uncle diakhiri dengan kenangan indah bersama keluarga dan kawan-kawan yang amat bermakna dalam hidupUncle. Tak mahu la Uncle kawan-kawan dan sahabat handai hanya berkumpul dihari pengembumian sahaja…..

Ingatlah jarak kematian itu amat pendek; apabila kita dilahirkan kita akan di azan @ di qomatkan. Dan apabila kita meninggal kelak , kita akan disembahyangkan….. Bayangkanlah jarak antara azan@qomat dengan sembahyang ………Renung2kan……


Assalamualaikum,
Uncle Joe.

Cuit-cuit : Bangga ngan kawan Uncle mampu beli kereta yang lebih mahal dari rumah Uncle………..